Friday, May 20, 2011

sudah berhabuk...

ya Allah lama nya da x update blog....
rasanya da byk sgt ketinggalan...
insyaAllah 1 hari nanti pasti akan di update dgn sebaiknya...
byk yg perlu dibetulkan...
al maklumlah sekarang ni sy da mula bekerja...
tp sebenarnya da sebulan juga bekerja...
menjadi seorang guru tidak lah semudah yg disangka...
walaupun hanya bergelar sorang guru tadika...
anak2 di tadika sebenarnya masih lg suci...
senang dibentuk...
jadi nya kalau mereka ad membuat silap janganlah terlalu mengikut emosi utk memarahi mereka...
apabila berhadapan dgn anak2 yg masih kecil ingat lah yg mereka semuanya tidak pernah melakukan maksiat...
sedangkan kita yg dewasa ............



mereka ibarat kain putih....
sewaktu kanak-kanak lah masa yg terlalu sesuai untuk mendidik, membentuk dan mencorak mereka supaya menjadi pejuang agama yg akan memartabatkan agama Islam pada masa akan datang..
InsyaAllah....
semoga Allah memberikan sy kesabaran yg tinggi dalam mendidik mereka....
InsyaAllah...
wassalam....





anak-anak tadika ummie bestari


                                                                        
                                                                                
                                                                                             


guru-guru tadika ummie bestari


*gambar sewaktu lawatan ke Petrosains Kuala Lumpur April 2011...
sumber: facebook tadika ummie bestari...

Monday, February 28, 2011

SANAH HELWAH

sanah helwah... eid miladussaeid...
semoga ustazah SITI AISHAH BT SAAD. sentiasa dibawah lindunganNya...
Dimurahkan rezeki...
Semoga terus tabah dalam mendidik anak muridmu...


khas untuk mu....




shukran ya ustazah mendidik saya sepanjang saya berada di SAMTSH...
jasamu dikenang selagi nyawa dikandung badan...

Friday, February 11, 2011

DENGARLAH DUHAI TEMANKU SAYANG

madah ini kutujukan khas untuk sahabat-sahabat ku....

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya,
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.' (Surah al-Tin:4).

Sedarlah temanku,
Kita bermusafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Ayau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat'(Surah al-Mujadilah:11)


sahabat-sahabat geng rimba 2010

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
'You are the best ummah.'(Ali Imran:110).
'Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.'(Al-Hujurat:13).
Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.'(Al-Baqarah:201).
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.' (A-Alaq1-2).
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.' (Al-Ahzab:72).
Ketinggian seseorang kerana iman,
'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.'  (Ali-Imran:139).


dulu kini dan selamanya....




Lantaran itu,carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas /masa+yakin,
asas kejayaan,
'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.'(Ar-Ra'd:11)
'Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).' (At-Taubah:59).


teman-teman STAMTAZ 2010




Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.


Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia,
nun di syurga kekal abadi...

teman-teman FASSTRAIN@ASA XPLORE


ayuh teman...!!!!!!! bangkit lah demi memperjuangkan dan menegak kan serta mengembalikan kegemilangan ISLAM yang kita sayangi....