Thursday, December 30, 2010

Berbuatlah baik dan bersabar di atas perilaku manusia

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku 
mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku 
erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku 
berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku
 bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka
 menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian 
baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau 
katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu
 yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan 
daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam
 kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
 
Riwayat Muslim



al kisah nye.....

1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar 
di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau 
pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.

2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas 

keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan 
terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu
hati mereka menjadi lembut dan baik.

3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada 

orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.

4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan 

silaturrahim dan haram memutuskannya.


No comments:

Post a Comment